Setiausaha politik Ismail Sabri buat laporan polis terhadap Lokman Adam

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LUMPUR 5 Julai – Setiausaha Politik Menteri Kanan (Keselamatan) hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam susulan penyebaran video yang memfitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 2.30 petang selepas meneliti video berdurasi satu jam 42 saat ketika berada sekitar PWTC kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Syed Mohd Fazmi berkata, video yang dimuat naik menerusi laman Facebook Lokman Adam itu mendakwa Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO cuba meyakinkan Ahli Parlimen UMNO untuk menjadi calon Bersatu sekiranya tidak dipilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15.

“Setelah meneliti isi kandungan video itu saya dapati dengan jelas pemilik akaun Facebook tersebut membuat fitnah dan hasutan terhadap Ismail Sabri bermula minit ketiga sehingga akhir video,” katanya selepas membuat laporan polis itu.

Beliau berkata siasatan perlu dilakukan terhadap Lokman mengikut akta-akta berkaitan dengan fitnah iaitu Akta Hasutan 1948 , Akta Anti Berita Tidak Benar (Akta 803) dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998 kerana membuat tuduhan terbuka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1001
Kongsi :
Previous post 584 kes COVID-19 akibat varian baharu
Next post Pelajar cecah 18 tahun boleh divaksinasi – Khairy
Ubah saiz-+=