Sg Rambai: Faizah tak akan sia-siakan amanah diberi rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SUNGAI RAMBAI 23 Nov- Bukan mudah untuk membawa gaya norma baharu dalam UMNO dengan komitmen perubahan yang konsisten sehingga diterima rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Datuk Abdul Azis berkata, perubahan yang konsisten dari pimpinan UMNO diterima rakyat apabila membawa kejayaan manis selepas Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kelmarin.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, Faizah berkata, beliau tidak akan mempersiakan amanah yang telah diberikan.

“Kami di peringkat pimpinan di bawah ini berjanji tidak akan mempersiakan amanah yang telah digalaskan serta akan menumpukan seluruh jiwa raga kami untuk menjalankan tanggungjawab yg diberi,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, dalam hantaran tersebut, Faizah turut menyatakan ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan yang mmembantunya bersama calon-calon BN yang lain sepanjang PRN Melaka.

“Terima kasih kepada seluruh kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia yang berani membawa perubahan yang sebenar di PRN melaka kali ini sekaligus membawa kejayaan yang amat manis untuk parti kita.

“Jutaan terima kasih tidak terhingga juga atas nasihat dan bantuan kepada kami yang baru ini, Insya-Allah dengan pengalaman dari pimpinan tertinggi yang amat luas dan terbukti boleh membangunkan negara bantu lah kami di sini untuk terus membangunkan negeri melaka yang kami sayangi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

785
Kongsi :
Previous post Watan (1976-1997): An Independent Voice of the Times
Next post Melaka mampu jadi kuasa besar teknologi – Prof Ahmad
Ubah saiz-+=