Shaifulfazlee komited tambah baik fungsi, budaya kerja MAIM

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH, 29 Mei – Sebagai sebuah institusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Melaka, usaha bagi menambah baik mutu dan budaya kerja baharu yang lebih dinamik perlu dilakukan.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad berkata, ia memandangkan agensi tersebut mempunyai fungsi yang luas dalam membantu masyarakat seterusnya menjana ekonomi setempat menerusi produk-produk miliknya.

Katanya lagi, pihaknya mengambil maklum segala cadangan dan teguran daripada pelbagai pihak untuk menyelaraskan segala tindakan demi memantapkan lagi perkhidmatan.

“Di bawah pengurusan saya, MAIM kini ke arah untuk menambah baik perkhidmatan khususnya daripada segi agihan bantuan kepada golongan tertentu agar ia lebih cepat sampai kepada mereka.

“Kami juga sedang menjana lebih banyak sumber dana baharu Baitulmal daripada produk-produk keluaran MAIM dan mahu memastikan pembangunan wakaf ini lebih kompetitif.

“Mengenai cadangan dan amanat daripada Ketua Menteri (Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh), kita bersedia mengubah cara kerja lama dengan melebarkan lagi jaringan kerjasama bersama pihak-pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Konvensyen MADANI 2024 di sebuah hotel, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Baitulmal MAIM, Muhammad Hairulamin Mohd Sis.

Pada masa sama, kata Shaifulfazlee, pihaknya berhasrat menjadikan MAIM sebagai sebuah organisasi Islam yang optimis menyalurkan kebaikan kepada masyarakat.

“Antaranya, kita cuba membangun dan mengembangkan institusi zakat untuk manfaat masyarakat Islam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

337
Kongsi :
Previous post 7 kawasan gelap, kini sudah terang
Next post MTHQK: Melaka bawa pulang tiga kemenangan
Ubah saiz-+=