‘Siapapun pemimpin, ikut sahaja blue print M-WEZ’ – KM

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

KUALA LUMPUR 7 April – Pembangunan koridor ekonomi berimpak tinggi, Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang akan melangkaui Rancangan Malaysia Ke-14 (RMK-14) sehingga 2035 diharap dapat diteruskan pemimpin akan datang.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ini kerana segala perancangan projek mega membabitkan pelaburan RM100 bilion dan lebih 10,000 peluang pekerjaaan itu bukanlah untuk dinikmati generasinya sebaliknya demi masa depan remaja dan kanak-kanak hari ini.

“Seluruh pembangunan ini akan memakan masa selama 15 tahun. Kita dah ada blue print (kerangka kerja terperinci), master print (kerangka induk) pun dah ada. Jadi sesiapapun yang akan jadi pemimpin akan datang, we have the blue print, road map (hala tuju), master plan, ikut sahaja yang ini (blue print).

“Insya-Allah apa yang kita buat sekarang bukan untuk saya, tapi untuk generasi akan datang,” katanya ketika ditemubual secara langsung dalam rancangan Malaysia Hari Ini terbitan TV3 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya hari ini.

Hadir sama, Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif M-WEZ, Mohd Yusof Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini (MHI) merangkap Penasihat Media Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.

Majlis Pelancaran M-WEZ akan disempurnakan Sulaiman di sebuah hotel di ibu negara esok yang dijangka turut dihadiri pelabur-pelabur dari luar negara dalam usaha membangunkan koridor pesisir pantai di kawasan seluas 10,117 hektar (25,000 ekar) sepanjang 33 kilometer pesisir pantai Melaka itu.

Koridor ekonomi itu akan bermula dari dari Tanjung Kling hingga ke Telok Mas, Jasin membabitkan kawasan pembangunan tambak laut seluas 6,070 hektar (15,000 ekar) yang jika dibandingkan keluasannya adalah lebih besar daripada saiz Putrajaya seluas 4,931 hektar.

Mengulas lanjut, Sulaiman turut meminta rakyat di Melaka khususnya dapat bersama-sama membantu kerajaan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan untuk mereka untuk menambahbaik rancangan koridor itu.

“Insya-Allah saya yakin kalau kita terus bersama-sama membantu menjayakan, semua agensi kerajaan, pihak swasta juga pun turut sama-sama, saya yakin dalam tempoh 15 tahun ini kita akan dapat melihat hasilnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

586
Kongsi :
Previous post Pelakon drama Noryati Taib meninggal dunia
Next post JDT terus gah terajui carta Liga Super
Ubah saiz-+=