
Pelakon drama Noryati Taib meninggal dunia
JOHOR BAHRU 7 April. – Pelakon drama Noryati Taib yang terkenal dengan panggilan ‘Makcik Petir’ meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 1.45 pagi tadi, di rumahnya di Taman Air Biru, Pasir Gudang, di sini.
Adik Noryati, Effie Ghazi Taib, 49, ketika dihubungi berkata, Allahyarham kakaknya itu menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Hashim Mohd Yusoff, 65.
Allahyarham meninggalkan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan berusia antara 31 dan 42 tahun.
Effie Ghazi yang juga jurukamera Astro Awani berkata jenazah kakaknya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini, pada 10 pagi ini.
Sementara itu, berita pemergian Noryati, 63, turut dikongsikan anak saudara Allahyarham, penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin, menerusi akaun Instagram @budakijat.
Pada awal Februari lalu, media melaporkan, Noryati yang pernah berlakon dalam drama Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty serta Tari Tirana disahkan positif COVID-19 dan kemudian sembuh selepas dirawat di Hospital Permai, di sini.
Pada September 2017 Noryati yang menghidap penyakit kencing manis sehingga menyebabkan sebelah kakinya terpaksa dipotong ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail selain mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang kritikal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ANAK MUDA MAHU KECEMERLANGAN PENTADBIRAN AB RAUF DITERUSKAN
SUNGAI UDANG 6 November - Anak muda Melaka mahu melihat kesinambungan kecemerlangan pentadbiran negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘TOK AJAK’ CAKNA KESELESAAN RAKYAT
TELOK MAS 6 November - Keprihatinan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman...
PRN MELAKA : PENYELESAIAN ISU BANJIR KILAT, PENYELENGGARAAN LONGKANG JADI KEUTAMAAN RIDZUAN
BUKIT KATIL 6 November – Penyelesaian isu banjir kilat dan penyelenggaraan longkang antara fokus calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri...
PRN MELAKA : KERJASAMA BN-PN SATU RAHMAT BUAT MELAKA – AB RAUF
BUKIT KATIL 6 November – Persefahaman dan kesepakatan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai perkembangan membanggakan,...
PRN MELAKA: ASAHAN SEJAHTERA SATUKAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM
ASAHAN 6 November - Memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum ibarat sebuah keluarga menjadi antara teras pendekatan Asahan...
PRN MELAKA: UMNO MAHU PASTIKAN PAS DAPAT MANDAT RAKYAT DI BUKIT KATIL
BUKIT KATIL 6 November - Atas dasar keikhlasan dan perpaduan, jentera Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO akan memastikan kemenangan calon...
