
Sidang DUN Melaka bawa 193 soalan
AYER KEROH 28 Jun – Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas yang bersidang pada Julai ini akan membawa sebanyak 193 soalan secara keseluruhan.
Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum berkata ia merangkumi sebanyak 103 soalan lisan dan 90 soalan bertulis yang akan dibentangkan bermula 9 hingga 11 Julai ini.
“Hari pertama persidangan akan bermula dengan pertanyaan soalan-soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan sehingga hari akhir persidangan.
“Manakala pada hari terakhir terdapat perbahasan oleh Adun-Adun yang diberikan peluang untuk berbahas mengikut masa ditetapkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat dua usul akan dibentangkan pada persidangan kali ini.
“Dua usul itu adalah Kumpulan Wang Amanah Hartanah Bumiputera dan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Daripada Musaadah,” katanya.
Pada Mac lalu pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERUNTUK RM100,000 UNTUK PEMBANGUNAN BAKAT PENJAWAT AWAM
AYER KEROH 21 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM100,000 bagi pembangunan bakat dan kompetensi penjawat awam Melaka dalam usaha...
93.6 PERATUS PUAS HATI PERKHIDMATAN AWAM MELAKA
AYER KEROH 21 September - Kadar kepuasan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan awam negeri melonjak kepada 93.6 peratus pada Fasa 1...
MELAKA CIPTA REPUTASI ANJUR 2,092 PROGRAM, REKOD 6 JUTA KEHADIRAN
AYER KEROH 21 September - Sebanyak 2,092 program utama anjuran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan di Melaka sepanjang...
TURUN PADANG WRUR, JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA SINAR BUAT PESAWAH
KLEBANG 21 September - Pendekatan turun padang oleh Kerajaan Negeri menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang disusuli siri...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN DURIAN TUNGGAL TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA
DURIAN TUNGGAL 21 September - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat menjadi satu program yang ditunggu-tunggu oleh orang Melaka. Ianya...
TOK RAUF TIUP SEMANGAT, PERKASAKAN SENI SILAT DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 21 September - Laga Badai Selat Melaka Tanjung Bidara, menjadi permulaan penting dalam usaha untuk terus memperkasakan lagi...
