Sidang DUN: Penjawat awam Melaka terima dua bantuan khas kewangan

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 12 Disember – Penjawat awam Melaka menerima dua bantuan khas kewangan daripada Kerajaan Negeri seperti yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Menurut Sulaiman, Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang pertama ialah setengah bulan gaji yang akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada Februari dan April 2023.

Sementasra itu katanya BKK yang kedua ialah berupa RM700 yang akan dibayar pada bulan Disember (bulan ini).

“Bantuan bagi tahun 2023 dibayar pada Februari 2023 bagi membantu urusan sekolah anak-anak, manakala pembayaran pada April 2023 sebagai bantuan Hari Raya Aidilfitri.

“Manakala bagi menghargai khidmat bakti penjawat awam sepanjang tahun ini, maka saya turut mengumumkan BKK RM700 kepada semua penjawat awam Melaka dan bantuan ini akan dibayar Disember 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) 2022 pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Dewan Persidangan DUN, di sini, hari ini.

Menurut Sulaiman, selain BKK, Kerajaan Negeri turut mengumumkan gantian cuti rehat bagi penjawat awam bertaraf tetap berumur 45 tahun ke atas, membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM2 juta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8281
Kongsi :
Previous post Sidang DUN: ‘Jangan balik awal seperti Jerman’ – KM
Next post Sidang DUN: Rugi lebih RM300,000 akibat 173 pokok tumbang
Ubah saiz-+=