Sistem pengairan sempurna bantu tingkat hasil padi

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KLEBANG 19 Julai – Projek Sistem Pengairan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang sedang dibangunkan bagi menjaminan aktiviti penanaman padi di kawasan itu tidak terbantut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Senator Datuk Lim Ban Hong berkata, pembangunan itu wajar dilaksanakan segera dalam usaha meningkatkan hasil tuaian padi di negeri ini.

Ban Hong berkata, setakat ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersama Jabatan Pertanian negeri sedang menjalankan proses mengukur dan pengambilan tanah untuk memasang paip untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian.

“Kita harap projek sistem pengairan ini akan berjalan lancar dan cepat kerana akan membantu mewujudkan sistem pengairan yang lebih sempurna di DUN Klebang.

“Usaha ini merupakan antara pembangunan infratruktur menjadi keutamaan kita bagi memastikan kelestarian dalam bidang pertanian dan perikanan mampu berjalan dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata, selain pembangunan itu pihaknya akan mengutamakan nasib nelayan di Jeti Nelayan Klebang dengan pembangunan kemudahan baharu.

Pihaknya bercadang akan membina sebuah pelantar baharu di kawasan itu berikutan nelayan kini menghadapi kesukaran menarik bot mereka ketika air surut.

“Saya sudah angkat cadangan ini dan berbincang dengan Jabatan Perikanan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Melaka untuk mewujudkan pelantar baharu bagi keselesaan nelayan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1781
Kongsi :
Previous post Tambah kelas SRA JAIM Simpang Ampat
Next post Lahirkan atlet papan selaju ‘made in’ Kampung Jawa, Melaka
Ubah saiz-+=