SKSSR: Hadiah untuk suri rumah

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 25 September – Caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menggembirakan kaum wanita khusus suri rumah dan ibu tunggal.

Rata-rata golongan tersebut melahirkan rasa terharu atas keprihatinan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim yang menaja seramai 140 suri rumah di bawah SKSSR.

Menurut seorang ibu tunggal, Hamidah Osman, 45, berkata dia tidak terfikir untuk mencarum sejak kematian suaminya tiga tahun lalu kerana tiada pendapatan tetap dan ketika ini dia hanya menjaga cucunya.

“Saya ucap terima kasih kepada Ahli Parlimen, kerana memilih saya untuk menerima skim SKSSR ini, jika ditimpan kejadian tidak diingini saya sudah ada pembiayaan perubatan dan tidak perlu susahkan orang lain,” katanya.

WhatsApp Image 2023-09-24 at 6.13.51 PM
DAYANG Nur Maizurah

Nada sama turut disuarakan Dayang Nur Maizurah Abdul Karim, 25, juga ibu tunggal yang berasa amat bersyukur dipilih menerima skim SKSSR secara percuma untuk setahun.

“Selepas mendengar taklimat mengenai SKSSR ini dan ditaja caruman untuk tempoh 12 bulan, terasa ringan sikit beban kerana tahu diri dilindungi jika berlaku kemalangan di rumah.

“Malang tidak berbau. Kalau jadi apa-apa sekurang-kurangnya ada perlindungan untuk saya. Mahu beli perlindungan insurans mana saya mampu,” katanya.

Terdahulu mereka ditemui pada Program Pemimpin Bersama Masyarakat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di Wisma PERKESO, Ayer Keroh, di sini, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1210
Kongsi :
Previous post Mampu capai 27 pingat tanpa ‘The Pocket Rocket Man’
Next post Wanita warga asing Singapura maut dalam insiden van jatuh cerun di Balik Pulau
Ubah saiz-+=