SKTM2 juara surau imarah sekolah di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

PAYA RUMPUT 30 Mac – Surau Raudhatul Jannah Sekolah Kebangsaan Tanjung Minyak 2 (SKTM2) dinobatkan juara kategori sekolah rendah dalam Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) Peringkat Negeri Melaka.

Guru Besar SKTM2, Nor Azah Harun berkata, kejayaan itu melayakkan sekolahnya mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan dijadualkan berlangsung di Terengganu.

“Terima kasih kepada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka kerana memilih surau sekolah ini yang baru setahun dibuka untuk mewakili Melaka ke peringkat seterusnya.

“Mahu mencapai kejayaan ini bukan mudah, ahli jawatankuasa sentiasa aktif, mengatur pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan surau, ia secara tidak langsung memberi inspirasi kepada pihak sekolah untuk menyertai pertandingan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

WhatsApp Image 2023-03-30 at 3.09.16 PM
MD Rawi (tiga kanan) menyampaikan hadiah kepada jawatankuasa surau SKTM2.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Ahmad Hamizi Abu Hassan dan Penolong Pengarah Unit Adab dan Nilai SPI Melaka, Abdul Razak Aman.

Nor Azah berharap kejayaan itu dapat dikekalkan dengan kolaborasi pelbagai pihak termasuk agensi luar kerana ia memberikan manfaat kepada pihak sekolah khususnya murid.

“Saya harap kejayaan ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja, tetapi lebih cemerlang di peringkat kebangsaan nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2297
Kongsi :
Previous post Empat beradik maut kebakaran sembunyi dalam tandas cuba selamatkan diri
Next post Kebakaran: Anak pesan baju raya warna hitam – Ibu
Ubah saiz-+=