DUN Merlimau: SMK Tun Syed Zahiruddin lahir bakat baharu pemain futsal

Masa Membaca:58 Saat

MERLIMAU 5 Julai – Kejohanan Futsal Tiga Sebelah Peringkat Komuniti Merlimau menjadi platform melahirkan bakat baharu pemain sukan itu dalam kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin.

Penghulu Tertinggi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Jezlee Pit berkata kejohanan itu sekali gus merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melahirkan pelajar yang cergas fizikal dan mental.

“Kejohanan ini melibatkan empat pasukan lelaki dan wanita, tujuannya untuk melatih pelajar mengeratkan silaturahim dengan masyarakat selain menjadikan sukan futsal sebagai platform menyihatkan badan.

“Melahirkan pelajar yang sihat segi fizikal, mental, memupuk perpaduan, semangat kerja berpasukan dan mengenal pasti bakat baharu dalam sukan serta futsal antara objektif program ini,” katanya selepas merasmikan kejohanan itu di Arena Futsal Merlimau, 3 Jun lalu.

Turut hadir Setiausaha JAPERUN Merlimau, Zakariah Samsudin; Penyelaras Sukan dan Permainan, Azizan Azit dan Guru Penasihat Sukan, Noranizam Ahmad serta Shah Jehan Abdul Rashid.

Kejohanan berkenaan dimenangi pasukan Ehem Squad diikuti Vamos Squad selaku naib juara dan pasukan MAS FC tempat ketiga bagi kategori wanita.

Manakala Pasukan Majmuks FC menjuarai futsal bagi kategori lelaki, FUTZA FC selaku naib juara dan pasukan Inspirasi Squad menduduki tempat ketiga.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1781
Kongsi :
Previous post Banjir di Baling: Mayat terakhir daripada tiga sekeluarga ditemukan
Next post Infineon Technologies bukti keyakinan pelaburan terus bertapak di Melaka – KM
Ubah saiz-+=