SPM 2021: Melaka rekod pencapaian GPN 4.83 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 16 Jun – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi negeri Melaka merekodkan pencapaian prestasi Gred Purata Negeri (GPN) 4.83.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menerusi catatan Facebook rasminya berkata, pencapaian itu meningkat 0.03 mata berbanding Gred Purata Kebangsaan (GPK) pada tahun 2021.

Katanya, pencapaian itu menunjukkan prestasi lebih baik sekali gus menggambarkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) telah melaksanakan tugas dengan baik.

“Difahamkan, pencapaian Gred Purata Negeri Melaka adalah 4.83 peratus, iaitu lebih baik 0.03 mata berbanding Gred Purata Nasional (Kebangsaan) iaitu 4.83 pada tahun 2021.

“Sebanyak 17 sekolah di Negeri Melaka turut mencapai 100 peratus layak sijil iaitu Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMKA) Agama Sharifah Rodziah; SM (Sekolah Menengah) Tahfiz Al Quran (JAIM); Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar dan SMK Iskandar Shah;.

“Turut mencapai 100 peratus layak sijil, SMK Dang Anum; SMK Agama Tun Perak; SM Arab Assyakirin; SMK Ghafar Baba; SMK Agama Sultan Muhammad; SM Agama Al-Ehya Al-Karim; SMK Tinggi Perempuan; SM Arab Assaiyidah Khadijah; SMA JAIM Al-Asyraf; SMK Tinggi Melaka; SMA JAIM Al Ahmadi dan SMA (JAIM) Darul Falah,” katanya.

Beliau turut melahirkan ucapan tahniah kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gajah Berang, Lim Yuan Pei yang memperoleh 10A+ manakala Ian George Taye Cheng Ean dari SMK St Francis yang mencatatkan 9A+ pada keputusan SPM kali ini.

Jelasnya, pencapaian hari ini diharapkan dapat mendorong kejayaan semua calon SPM pada masa hadapan.

“Tahniah sekali lagi kepada semua calon yang mengambil keputusan SPM hari ini!” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3514
Kongsi :
Previous post Raih 10A+ meskipun diuji COVID-19 sehari sebelum SPM
Next post Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah pertuduhan pindaan
Ubah saiz-+=