
SPRM Melaka tahan bekas pengarah agensi kerajaan disyaki terima rasuah
MELAKA, 17 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka hari ini menahan seorang bekas pengarah sebuah agensi kerajaan selepas disyaki menerima rasuah, apabila meluluskan tender penyelenggaraan dan pembekalan bernilai RM31,629.
Menurut sumber, suspek berusia 55 tahun itu ditahan pada pukul 4.55 petang tadi ketika hadir ke Pejabat SPRM Melaka.
Suspek didakwa menerima rasuah ketika berkhidmat sebagai pengarah di sebuah agensi awam di sini antara 2017 dan 2019, dan difahamkan suspek menerima sebahagian daripada nilai itu atas tujuan peribadi.
Sementara itu Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.
Katanya suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, esok untuk pertuduhan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DILEMA BANJIR LALUAN TEBONG-TAMPIN BERAKHIR
ASAHAN 19 April - Jalan menghubungkan Tebong-Tampin kini siap dinaik taraf menjadi penyelesaian kepada masalah banjir yang kerap meneggelamkan laluan...
PIDATO RUKUN NEGARA SASAR LEBIH RAMAI PENYERTAAN ORANG ASLI, BUKAN MELAYU
SERI NEGERI 20 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka...
MELAKA HALAL HUB 2.0 TAWAR KONSEP PERNIAGAAN MODEN
SERKAM 20 April - Melaka Halal Hub 2.0 direka bagi memenuhi keperluan perniagaan moden dengan menawarkan pelbagai komponen industri bersepadu...
MENARA TAMING SARI BAKAL PERKENAL MASKOT BAHARU
BANDA HILIR 20 April - Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) mengorak langkah memperkukuh jenama Menara Taming Sari dengan memperkenalkan maskot...
GUNUNG MELAKA MULA TAWAN DUNIA
ASAHAN 20 April - Bukit Gapis atau Gunung Melaka kini menjadi antara lokasi pendakian popular apabila sering dikunjungi peminat sukan...
ULANG TAHUN KE-23: MBMB FOKUS SANTUNI KOMUNITI DENGAN PELBAGAI AKTIVITI
KLEBANG 20 April - Sambutan Ulang Tahun Ke-23 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) disemarakkan dengan pelbagai pengisian termasuk program menyantuni...
