
SPRM tidak sekat Lim Guan Eng memasuki Sabah
BANDA HILIR 2 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) menegaskan tidak pernah menyekat bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada memasuki mana-mana negeri di Malaysia.
Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki berkata kekeliruan mengenai perkara itu berlaku ketika Setiausaha Agung DAP itu ditahan hampir setengah jam ketika tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, malam tadi.
Katanya, Ahli Parlimen Bagan itu dilarang untuk melakukan perjalanan ke luar negara selepas pihaknya mendapat kebenaran mahkamah berhubung sekatan itu.
“Ini perlu diperbetulkan kerana SPRM tidak pernah menahan Yang Berhormat Lim Guan Eng untuk memasuki negeri Sabah sebaliknya beliau tidak dibenarkan ke luar negara.
“Pasport beliau telah ditahan oleh mahkamah untuk ke luar negara namun perjalanan dalam negara tidak ada masalah kerana beliau tidak disekat ke mana-mana negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
“Mungkin berlaku sedikit kekhilafan, apa yang berlaku itu adalah mungkin berkaitan pasport beliau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi berdialog bersama media pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Selatan di Hotel Hatten, di sini, hari ini.
Guan Eng sebelum ini mendakwa tidak dibenarkan memasuki Sabah oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berikutan SPRM menyekat perjalanan beliau berbuat demikian.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
