
Stadium Hang Jebat dijadikan CAC
AYER KEROH 28 Julai – Stadium Hang Jebat akan dijadikan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bagi mengatasi kesesakan pesakit di CAC sedia ada.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini secara dasarnya telah bersetuju untuk menjadikan stadium berkenaan sebagai CAC.
Bagaimanapun katanya, perkara itu perlu dikaji dan mengambil sedikit masa terutama mengambil kira penyediaan tenaga kerja perubatan dan sukarelawan di pusat berkenaan.
“Jawatankuasa Exco tiada halangan, namun perkara itu mesti dikaji terlebih dahulu, pertamanya dari segi jumlah pegawai perubatan, mesti mencukupi.
“Selain itu, dari segi kawasan serta bekalan mesti mencukupi di samping kakitangan dan sukarelawan (juga perlu mencukupi) bagi membantu CAC itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan secara norma baharu Kempen Vax & Win anjuran NCT Alliance Berhad di Bilik Mesyuarat Tun Perak MMKN di Kompleks Seri Negeri di sini.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, bagi melaksanakan CAC Stadium Hang Jebat, jawatankuasa penubuhan CAC akan ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
“Bagi membantu penubuhan CAC dan apakah kos lain diperlukan untuk mengadakan CAC di Stadium Hang Jebat, SUK akan mempengerusikan jawatankuasa itu,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
