Sukan RC pupuk semangat perpaduan

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

LENDU 20 Mei – Selain berkongsi pengalaman sukan kereta kawalan jauh (RC) secara tidak langsung memupuk semangat perpaduan tanpa mengira latar belakang kaum.

Penggiat sukan itu Muhammad Faidil Adzha, 42, berkata, pada kebiasaan kenalannya tidak lokek untuk berkongsi pandangan dan memberikan cadangan setiap kali ditanya mengenai jenis aksesori atau peralatan elektronik sesuai untuk menaik tarf jentera miliknya.

“Pada mulanya takut-takut kerana belanjanya agak mahal, hasil sokongan dan saranan rakan-rakan barulah saya mula serius, pejam celik sudah 20 tahun saya aktif dalam sukan ini.

“Alhamdulillah dalam tempoh itu banyak juga kejayaan diraih. Dulu masa kecil memang susah, mahu beli permainan ini memang tiada duit tapi bila sudah bekerja barulah saya mampu memilikinya.

“Apabila memiliki kereta ini perasaan itu sangat teruja sebab menabung dua tiga bulan untuk membelinya,” katanya kepada Melaka Hari ini.

Muhammad Faidil berkata, pada kebiasaan pertandingan di adalah di Shah Alam, Selangor, Johor Bahru, Johor, Kedah, Sarawak serta beberapa negeri lain.

Img 20240519 163628 814
KEN Hau mengakui sukan itu membantunya mengawal perasaan gemuruh dan fokus untuk mencapai kemenangan.

Sementara itu Wong Ken Hau, 40, dari Segamat, Johor berkata, sukan itu membantunya untuk mengawal perasaan gemuruh.

Atas sebab itu Ken Hau tidak berkira untuk meneruskan hobinya meskipun terpaksa berhabis ribuan ringgit atau memandu ke negeri lain semata-mata mahu melepaskan gian berlumba di litar RC.

“Setiap kali perlumbaan peserta akan berada di pentas yang disediakan dan pada waktu itulah ramai yang akan diuji sebab kebiasaannya perasaan gemuruh itu mula berlaku.

“Tapi daripada situ kita mula kawal perasaan, sekali gus perlu fokus untuk mencapai kemenangan,” katanya.

saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

99
Kongsi :
Previous post 72 atlet cilik berentap pada Kejohanan ROG Tenis Peringkat Wilayah Zon Selatan
Next post Tiada mangsa terselamat dalam nahas helikopter Raisi: Bulan Sabit Merah Iran
Ubah saiz-+=