Sulaiman, delegasi Melaka kunjung hormat Walikota Pekanbaru

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PEKANBARU 9 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama rombongan delegasi Melaka membuat kunjungan hormat dan makan malam bersama Walikota Pekanbaru Muflihun di kediaman rasminya di sini malam tadi.

Sulaiman bersama rombongan delegasi tiba di kediaman pemimpin masyarakat itu tepat jam 8 malam waktu tempatan.

Terdahulu, Sulaiman yang mengetuai delegasi bergerak dari Hotel Pangeran kira-kira jam 7.30 malam dan tiba di kediaman rasmi Walikota itu pada jam 8.00 malam.

Hadir sama Sekretariat Daerah Kota Pekan baru H. Muhammad Jamil.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis, EXCO Pengangkutan negeri, Datuk Rahmad Mariman dan EXCO Kesihatan Dr Muhammad Akmal Saleh.

Turut serta, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salhah Salleh, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah dan kenamaan lain.

Difahamkan esok pada jam 10 pagi, Ketua Menteri akan menghadiri mesyuarat bersama Direktur Pelindo di Hotel Pangeran Pekanbaru.

Sulaiman bersama delegasi Melaka kemudiannya akan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Agung An-Nur Pekanbaru dan selepas itu membuat lawatan informasi Produk Pelancongan Pekanbaru di Viera Oleh-Oleh.

Sulaiman bersama 20 delegasi kenamaan Melaka dijangka akan bergerak ke Dumai pada jam 3 petang dan pada jam 8 malam waktu Indonesia beliau akan membuat kunjungan hormat Walikota Dumai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1848
Kongsi :
Previous post Sukma 2022 diawalkan dua minggu, mula pada Hari Malaysia
Next post ‘The Royal Press’ cetak sejarah Melaka
Ubah saiz-+=