
Sulaiman rasmi Kilang Leuze Electronic di Bukit Rambai
BUKIT RAMBAI 20 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini, merasmikan Leuze Electronic Malaysia Sdn Bhd yang terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai.
Kilang pengeluar dan pembuatan alat elektronik sensor itu menjadikan Melaka sebagai lokasi pertama pengembangan operasinya di Asia Tenggara dengan nilai pelaburan RM 100 juta.
Kilang yang mempunyai keluasan sehingga 7,000 kaki persegi itu kini mempunyai seramai 70 pekerja dan dijangka akan membuka peluang pekerjaan untuk menarik lebih ramai anak tempatan bekerja di kilang tersebut sehingga hujung tahun ini.
Hadir sama dalam lawatan itu ialah EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, EXCO Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Ngwe Hee Sem dan Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Salhah Salleh.
Sementara, Leuze Electronic diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ulrich Balbach.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...
MAIM SEDIA BANTU KOS RAWATAN, INI CARA MOHON
AYER MOLEK 12 Ogos - Penjaga atau keluarga yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan dan pembedahan boleh mendapatkan...
FIESTA ADAT PERPATIH MELAKA 2026 ANGKAT WARISAN, BUDAYA
TABOH NANING 12 Ogos - Fiesta Adat Perpatih Negeri Melaka 2026 yang bakal dianjurkan pada 5 September depan di Rumah...
FELDA HUTAN PERCHA SERLAH KEUNIKAN, WARNA-WARNI BUDAYA DESA
MACHAP JAYA 12 Ogos - Kepelbagaian budaya, makanan dan produk pelancongan menjadikan Felda Hutan Percha bukan sekadar sebuah penempatan luar...
