Hujan redakan kepanasan Alor Gajah

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

TANJUNG BIDARA 20 Julai – Penduduk di daerah Alor Gajah bersyukur dan menarik nafas lega berikutan hujan pagi ini meredakan kebimbangan berikutan cuaca panas sejak seminggu lalu.

Hujan di kebanyakan tempat di negeri ini meredakan kembimbangan masyarakat di daerah ini yang dikategorikan Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) berada pada tahap satu (berjaga-jaga).

Meskipun hujan tidak lebat, mereka lega kerana sekurang-kurangnya suhu turun kurang daripada 35 hingga 37 darjah Celcius.

Nelayan, Othman Ibrahim, 63, berkata dia bersyukur hujan mulai jam 9 pagi dan reda kira-kira sejam kemudian mengurangkan kebimbangannya terhadap cuaca panas terik sejak seminggu lalu.

“Alhamdulillah, hujan pagi ini dituruti dengan cuaca mendung hingga petang melegakan saya dan nelayan lain,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Balak, dekat sini.

Jabatan berkenaan dilaporkan mengkategorikan Alor Gajah berada pada Tahap 1 dan semua kawasan di Sabah dan Sarawak turut dalam pemantauan.

Tahap berjaga-jaga bermaksud suhu maksimum harian 35-37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut, katanya.

Sementara itu, bagi ramalan cuaca hari ini, jabatan itu berkata, ribut petir diramalkan di satu dua tempat di negeri ini pada sebelah pagi.

Petang dan malam ini diramalkan tiada hujan dan suhu minimum adalah 24 darjah Celcius dan maksimum 33 darjah Celcius.

Ramalan cuaca esok adalah hujan di kawasan pantai pada sebelah pagi dan tiada hujan pada petang dan malam manakala suhu antara 24 hingga 33 darjah Celcius.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1330
Kongsi :
Previous post Sulaiman rasmi Kilang Leuze Electronic di Bukit Rambai
Next post Penganggur hina agama Islam ditahan reman
Ubah saiz-+=