
Sulaiman terima buku 100 hari Tun Mohd Ali
AYER KEROH 29 Sept. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts Kamel Mohamad mengadakan kunjung hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat TYT hari ini.
Pada kunjung hormat itu Sulaiman turut menerima sebuah buku 100 Hari Yang di-Pertua Negeri Melaka yang disampaikan oleh Tun Mohd Ali sendiri.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Sulaiman berkata bagi kerajaan negeri beliau berbesar hati menerima buku 100 hari TYT itu.
“Lebih istimewa buku terbitan khas ini dikeluarkan oleh Istana Melaka. Dalam pertemuan mingguan ini juga, saya turut berkongsi perkembangan terbaharu dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF BERKHIDMAT SEPENUH HATI: PIMPIN MELAKA, JAGA TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 30 September - Menjadi seorang Ketua Menteri dan pada masa sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara...
LEBIH 31,000 RAKYAT MELAKA TERIMA MANFAAT MESRA KEBAJIKAN
AYER KEROH 30 September – Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) menerusi inisiatif...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN TAWAR PENGURANGKAN KOMPAUN, ELAK RAKYAT TERBEBAN TUNGGAKAN
AYER KEROH 30 September - Kebajikan rakyat terus diberikan perhatian menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan merangkumi usaha...
ZIARAH KASIH ‘AH SEM’ BAWA KECERIAAN
MACHAP JAYA 30 September - Pagi yang kebiasaannya agak suram buat A.R Kanasamy, 71, bertukar ceria apabila dia menerima kunjungan...
PENGALAMAN MELAKA URUS TAPAK WARISAN JADI RUJUKAN
BANDA HILIR 30 September - Pengalaman Melaka mengekalkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menjadi rujukan Yayasan Johor Corporation (Yayasan...
DUN AYER LIMAU: AGAMA SUBUR, PERPADUAN MEKAR
AYER LIMAU 30 September - Aspek keagamaan dan kerohanian menjadi antara asas penting dalam memastikan pembangunan masyarakat di Dewan Undangan...
