Sulaiman turun padang ke DUN Kuala Linggi

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KUALA LINGGI 21 Nov. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali hari ini telah turun padang ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.

Sulaiman menerusi kenyataan di Facebook rasminya sebentar tadi, antara tumpuan lawatannya ke kawasan DUN tersebut adalah bagi meninjau lokasi hakisan pantai di Telok Gong.

“Tumpuan lawatan saya ke DUN Kuala Linggi pada pagi ini antara lain ialah turun ke padang untuk melihat sendiri lokasi hakisan pantai di Kuala Linggi.

“Dalam lawatan pertama saya sempat singgah ke Kampung Baru, Kuala Linggi, di mana berlaku mendapan di bahagian bawah jalan raya di pesisir pantai di kampung berkenaan.

“Saya juga turut melawat ke kawasan hakisan pantai di Telok Gong, Kuala Linggi yang memerlukan perhatian segera,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Datuk Wira Ar Ismail Othman, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS ) Melaka Abdul Hakim Hamzah serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Mohd Fadhil Hassan.

Tambahnya, beliau dimaklumkan proses tender bagi kerja pemulihan hakisan pantai di Telok Gong akan dimulakan dalam tempoh terdekat dan isu hakisan di Kampung Baru akan disiasat segera.

“Hasil daripada perbincangan ini, saya dimaklumkan yang proses tender bagi kerja pemulihan hakisan pantai di Telok Gong akan dimulakan dalam tempoh terdekat, manakala isu hakisan di Kampung Baru akan segera disiasat sebelum sebarang peruntukan lanjut dilaksanakan,” katanya.

Views:

699
Kongsi :
Previous post Nasib Zainal ditentukan minggu hadapan
Next post Waspada hujan lebat di kebanyakan negeri semenanjung
Ubah saiz-+=