SWM Environment rai 10 mualaf sambut Ramadan

Masa Membaca:58 Saat

BUKIT BARU 16 April – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menerusi Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SWM Kasih Santun Ramadan bagi meraikan 10 mualaf.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, ia program tahunan untuk membantu golongan memerlukan dalam menyambut bulan Ramadan dan persiapan Aidilfitri.

“Program hari ini membantu saudara baharu Islam yang pertama kali menyambut Ramadan.

“Ada antara mereka mungkin berhadapan cabaran tersendiri melaksanakan ibadah puasa dan memerlukan sokongan supaya mereka tidak mudah mengalah serta terus mendalami Islam.

“Diharap dengan sumbangan dan pengisian program Ramadan ini dapat memberikan pengalaman baharu kepada mereka untuk merasai suasana dan kemanisan bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada 10 mualaf di Pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka, Nur Caren Chung Yock Lan.

Katanya, program itu dapat mewujudkan lagi perpaduan berbilang bangsa selain memberi manfaat kepada golongan memerlukan.

“Kita tlmenyampaikan sedikit sumbangan barang keperluan senaskah al-Quran, sejadah dan juga beras.

“Ini sebahagian daripada inisiatif SWM Environment mendekati masyarakat, berkongsi kegembiraan dan meraikan mereka yang memerlukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

693
Kongsi :
Previous post Panjut buluh ‘Mak Ngah’ sinari Aidilfitri di Brunei, Singapura
Next post Janin bertali pusat ditemukan di tempat penapisan loji kumbahan
Ubah saiz-+=