Tabung Bantuan Kemanusiaan Sungai Rambai kumpul RM5,000

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

SUNGAI RAMBAI 18 Mei. – Tabung Bantuan Kemanusiaan Sungai Rambai berjaya mengumpul dana RM5,000 bagi misi membantu rakyat Palestin di Gaza.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Datuk Hasan Abd Rahman berkata, dana itu mula dikutip semalam dan akan diteruskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lain selepas ini.

HASAN (tengah) melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan tersebut di Japerun Sungai Rambai, hari ini.

“Semalam kita gerakkan tabung ini dan berjaya mengumpul RM4,00 lebih, bagaimanapun saya dan rakan-rakan telah menggenapkan menjadi dana ini kepada RM5,000.

“Selepas ini kita akan gerakkan jentera kita untuk ke setiap DUN di seluruh kampung khususnya Sungai Rambai untuk kumpul dana membantu masyarakat Palestin yang dianiaya oleh rejim zionis Israel,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Sungai Rambai Selamatkan Gaza Palestin di Japerun Sungai Rambai, hari ini.

Jelasnya, usaha itu disokong pihak Global Peace Mission (GPM) Malaysia bagi mencari solidariti masyarakat Islam Palestin demi menjaga kepentingan bumi itu.

“Tabung ini tiada had, kita akan terus dari semasa ke semasa dan saya serahkan kepada Setiausaha Japerun dan Penghulu untuk mengurus kutipan.

“Kutipan ini akan diaudit untuk dimasukkan dalam bank GPM Malaysia yang menjadi wakil untuk menyerahkan sumbangan ini ke bumi Palestin nanti,” katanya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif GPM Malaysia Ahmad Fahmi Samsudin.

Sementara itu Ahmad Fahmi berkata sejak kempen Aids For Palestine dilaksanakan, pihaknya turut melancarkan laman web khas ‘www.pedulipalestin.com’ dan berjaya mengumpul dana RM1.3 juta daripada sasaran awal RM1.5 juta.

“Justeru saya menggalakkan lebih ramai pemimpin menggerakkan kempen misi bantuan ini.

“Ia sekali gus meningkatkan momentum sumbangan rakyat Malaysia yang akan diterjemahkan kepada bentuk bantuan kecemasan di bumi Palestin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

347
Kongsi :
Previous post MUFC tidak minta Safiq Rahim
Next post Selamba minum, melepak di kedai makan
Ubah saiz-+=