
Tambah baik fasiliti UTC Melaka untuk keselesaan pengunjung
KOTA LAKSAMANA 4 Sept. – Fasiliti yang terdapat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, di sini, akan sentiasa ditambah baik dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, penambahbaikan itu juga penting bagi menjamin keselesaan pengunjung yang hadir membuat urusan di 63 agensi yang terdapat di bangunan itu.
“Dalam lawatan hari ini kita telah meninjau proses baik pulih surau UTC yang dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Pada masa sama, kita juga menyaksikan penyerahan 23 unit penghawa dingin kepada agensi terlibat.
“Selain itu, ada beberapa lagi penambahbaikan lain seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan saya juga difahamkan kiosk-kiosk yang sebelum ini mengalami masalah juga sudah diperbaharui.
“Seperti kita tahu, bangunan UTC sudah berusia 40 tahun, jadi apa jua yang perlu ditambah baik, akan kita tambah baik dan jika perlu diganti, akan kita ganti,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke UTC Melaka. Hadir sama, Pengurus Besar UTC Datuk Saleh Mohd Dom.
Dalam pada itu, Sulaiman turut memuji gerak kerja kesemua agensi yang terdapat di UTC Melaka yang disifatkan telah memberikan layanan terbaik kepada pengunjung sepanjang operasinya setiap hari.
Views:
Related


Berita Lain
CIKGU SALEH, BAPA DR.AKMAL MENINGGAL DUNIA
MERLIMAU 11 Julai - Bapa kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh meninggal di kediamannya di Merlimau, di...
KOMPLEKS BALAI ISLAM BAKAL MENJADI MERCU TANDA BAHARU DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL, 11 Julai – Sebuah kompleks Balai Islam bakal dibina di Kampung Gangsa, Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal,...
PPSPM RAIKAN WIRA SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 11 Julai - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) meraikan 200 sukarelawan dan kakitangannya yang terlibat dalam...
KOMITMEN MPHTJ KURANGKAN RISIKO BANJIR KILAT TAMAN BUKIT BERUANG BESTARI
AYER KEROH 11 Julai - Projek menaik taraf sistem perparitan di Taman Bukit Beruang Bestari yang telah diselesaikan Majlis Perbandaran...
KOMUNITI KAMPUNG MORTEN DAN PANTAI PERINGGIT TERIMA MANFAAT PELAKSANAAN PTK
BANDARAYA MELAKA 11 Julai - Pemilihan Kampung Morten dan Pantai Peringgit sebagai dua lokaliti utama bagi pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti...
SUKAN MELAKA EDISI KETIGA 2025, PERTANDINGKAN TUJUH ACARA
AYER KEROH 11 Julai - Kejohanan Sukan Melaka Edisi Ketiga dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 28 September, dijangka melibatkan...