
Tanah runtuh: 51 dewasa, 30 kanak-kanak berdaftar di tapak perkhemahan malam tadi
KUALA LUMPUR, 16 Dis – Seramai 51 dewasa dan 30 kanak-kanak mendaftar untuk bermalam di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, yang dilanda tanah runtuh awal pagi tadi, kata individu bertanggungjawab di tapak perkhemahan itu yang hanya ingin dikenali sebagai Chang.
“Jumlah itu terdiri daripada mereka yang telah mendaftar di tapak perkhemahan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Bagaimanapun Chang berkata beliau tidak pasti sama ada terdapat kanak-kanak berusia bawah empat tahun di tapak perkhemahan kerana mereka tidak perlu mendaftar, dan hanya kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun perlu mendaftar.
Chang berkata mereka yang berkhemah kebanyakannya mempunyai pertalian keluarga dan tidak melibatkan kumpulan pelajar sekolah atau universiti.
Laporan awal media menyebut kira-kira 100 orang berada di tapak perkhemahan itu yang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik berkenaan.
Setakat 11 pagi, 53 mangsa telah dibawa keluar dari tempat kejadian manakala sembilan maut dalam kejadian itu.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENYATUAN UMMAH PERLU DIUSAHAKAN, PERBEZAAN PARTI JANGAN HALANG KESEPAKATAN
AYER KEROH 26 September - Gerakan penyatuan ummah perlu terus diusahakan supaya perbezaan parti politik tidak menjadi penghalang kepada kesepakatan...
TPM GARIS TIGA LANGKAH PERKUKUH KEFAHAMAN SEJARAH, KEHARMONIAN NEGARA
AYER KEROH 26 September - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan tiga perkara utama bagi...
A.K.A.R JADI PEGANGAN KENEGARAAN, PANDU BINA MASA DEPAN BERSAMA – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 26 September - Akronim A.K.A.R diperkenalkan sebagai pegangan kenegaraan yang merumuskan empat prinsip utama bagi membimbing masyarakat memahami...
AGENDA MALAYSIA BIRU PACU MALAYSIA MENUJU 100 TAHUN KEMERDEKAAN
AYER KEROH 26 September - Agenda Malaysia Biru digariskan sebagai ikhtiar untuk memastikan kekuatan sejarah dan jati diri negara diterjemahkan...
ANGGUR BERBUAH MANIS DI BUMI AYER LIMAU
AYER LIMAU 26 September - Bermula dengan hanya 10 hingga 20 pokok di tepi rumah, minat sebuah keluarga terhadap tanaman...
SIRIH JUNJUNG SEBAGAI ‘KEPALA ADAT’ LAMBANG KESOPANAN, ADAB ORANG MELAYU
TANJUNG BIDARA 26 September - Sirih junjung bukan hanya sekadar untuk menterjemahkan kreativiti bermain dalam minta dengan menggubah daun sirih...
