
Tanah runtuh: Bantuan kepada keluarga mangsa dari Alor Gajah akan disalurkan – Adly
MACHAP JAYA 17 Disember – Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari akan menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa berasal dari Alor Gajah yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, awal pagi semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata, bantuan itu disalurkan bertujuan meringankan beban waris dan keluarga mangsa.
“Di peringkat Parlimen, kita akan salurkan bantuan yang dirasakan perlu bagi memudahkan segala urusan keluarga mereka kerana ada sebahagian mereka terpaksa berulang-alik untuk mengetahui status ahli keluarga mereka.
“Apapun, kita harap keluarga dapat bersabar dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Machap Baru, di sini, hari ini
Menurut Adly, keluarga yang diziarahinya itu sehingga kini masih belum mengetahui status anak dan menantu berserta dua cucunya yang terlibat dalam perkelahan yang berakhir tragedi itu.
Justeru, beliau berharap semua pihak yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat itu dapat bekerjasama untuk menyampaikan makluman terkini kepada keluarga mangsa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DURIAN TUNGGAL JADI ZON PERTUMBUHAN EKONOMI BAHARU MELAKA
SERI NEGERI 9 Disember - Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal berpotensi menjadi zon pertumbuhan ekonomi baharu Melaka pada masa...
‘ZEAS’ PACU PEMBANGUNAN EKONOMI TIGA NEGERI, DISOKONG 4 PROJEK UTAMA
SERI NEGERI 9 Disember - Zon Ekonomi Anjung Selatan (ZEAS) yang dicadang untuk diwujudkan membabitkan tiga negeri iaitu Melaka, Johor...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: WIFI PERCUMA DIPERLUAS DI LUAR BANDAR
SERI NEGERI 9 Disember - Bajet Negeri Melaka 2026 berupaya merapatkan jurang digital di antara masyarakat di kawasan bandar dan...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: PERUNTUKAN UNTUK ASNAF MENINGKAT – MAIM
AYER KEROH 8 Disember - Peningkatan peruntukan bantuan khususnya untuk golongan asnaf menerusi Bajet Negeri Melaka 2026 membuktikan Kerajaan Negeri...
HAMPIR RM800,000 DIPERUNTUKKAN BAIK PULIH RUMAH DI MELAKA
SERI NEGERI 8 Disember - Sebanyak 56 permohonan baik pulih rumah dengan kos keseluruhan RM787,950 telah diterima dan berjaya dilaksanakan...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: PERANAN PENGAMAL MEDIA DIIKTIRAF
SERI NEGERI 8 Disember - Peranan pengamal media di negeri ini diiktiraf dan dihargai Kerajaan Negeri menerusi pemberian insentif khas...
