Tanco dianugerah projek penambakan tanah di Melaka untuk pelabuhan Tanjung Bruas

Masa Membaca:1 Minit, 57 Saat

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Tanco Holdings Bhd menerima Surat Anugerah (LoA) bagi kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan penyelesaian cadangan penambakan tanah seluas kira-kira 120 ekar (48.7 hektar) di Melaka berkaitan tambahan pengoperasian Pelabuhan Tanjung Bruas.

Menurut laporan The Edge Markets, LoA itu dianugerahkan Onine Alliance (M) Sdn Bhd (OAMSB) kepada anak syarikat milik penuh Tanco Tanco Builders Sdn Bhd (TBSB).
Perjanjian untuk memperoleh akan dimeterai tepat pada masanya antara pihak-pihak berkenaan projek itu, kata Tanco.

Tanco menyatakan jumlah kontrak untuk kerja-kerja tersebut adalah RM99.47 juta dan kerja-kerja tersebut meliputi tiga fasa.

Fasa pertama melibatkan 50 ekar (20.23 hektar) dan dua lagi sebanyak 35 ekar (14.2 hektar) dengan syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri Melaka.

“Jumlah maksimum RM73.19 juta (bayaran pendahuluan) perlu dibayar oleh TBSB kepada penerima sebagaimana yang diarahkan oleh OAMSB secara bertulis,” katanya.

Jurucakap syarikat memaklumkan bayaran pendahuluan akan dibayar balik oleh OAMSB kepada TBSB juga secara pembayaran progresif.

“Bersama dengan pembayaran bayaran pendahuluan, OAMSB akan memberikan sejumlah saham pilihan dalam OAMSB kepada TBSB.

“Peruntukan dan tetapan bagi keutamaan saham tersebut perlu dipersetujui dalam dokumen yang berasingan dan lengkap untuk dilaksanakan antara TBSB atau penamanya dan OAMSB,” katanya.

Penggabungan jumlah kontrak dan pembayaran pendahuluan, jumlah keseluruhan di bawah LoA melibatkan sebanyak RM172.66 juta, kata syarikat itu.

Fasa 1 dijangka siap dalam dua tahun dari tarikh permulaan projek, dan keseluruhan projek akan siap dalam tiga tahun, katanya.

Tarikh permulaan kerja dilihat wajar berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, kata syarikat itu.

“Rasional LoA adalah menyediakan sumber pendapatan alternatif kepada Tanco dan anak syarikatnya sekali gus memanfaatkan sektor pembinaan kumpulan tersebut, biarpun sektor ekonomi merundum akibat pandemik COVID-19,” ujarnya.

Ini adalah kontrak pertama yang diumumkan oleh kumpulan hartanah dan pembinaan yang mengalami kerugian tahun ini.

Pada 8 April, Tanco menerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) dan Kerajaan Persekutuan telah menandatangani perjanjian tambahan dana pemudahcaraannya bagi projek pangsapuri 24 tingkat di Port Dickson bernilai RM124.78 juta yang dijadualkan siap akhir September tahun ini.

Syarikat ini sebahagian besarnya mengalami kerugian sejak 2013.

Saham Tanco ditutup setengah sen atau 2.13 peratus lebih tinggi pada 24 sen pada 21 September lalu dengan nilai kumpulan hartanah RM393.08 juta.

Sejak akhir April, kaunter saham telah meningkat 300 peratus daripada 6 sen pada 27 April.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

757
Kongsi :
Previous post KKM tak perlu pihak ketiga siasat isu
Next post Melaka United boleh pergi jauh
Ubah saiz-+=