
Tanjung Bruas Port raikan anak yatim, asnaf
PANTAI KUNDOR 27 APRIL – Tanjung Bruas Port tampil menghulurkan sumbangan bagi menceriakan sambutan Aidilfitri anak yatim dan golongan asnaf sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berterima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat di negeri ini yang tampil membantu golongan kurang bernasib baik menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dianjurkan khusus sepanjang Ramadan.
“Alhamdulillah, Kali ini hasil kerjasama Tanjung Bruas Port kita mengagihkan bantuan dalam bentuk kit makanan dan duit raya RM150 kepada 200 penerima.
“Ini menunjukkan kerajaan negeri dan masyarakat di Melaka amat prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampuan,” katanya selepas menyempurnakan Program TBP Prihatin, Rezeki Dikongsi Bersama diadakan di JAPERUN Pantai Kundor, 23 April lalu.
Tuminah berkata, bantuan diberikan diharap dapat membantu penerima melakukan persiapan menyambut 1 Syawal tidak lama lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...
