TAPEM dan MAIM tawar bas untuk anak Melaka terkandas di IPT

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 4 Okt – Kerajaan negeri menerusi Tabung Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) giat menjalankan usaha bagi membantu anak Melaka yang terkandas di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing untuk pulang ke kampung halaman.

Difahamkan inisiatif itu adalah cetusan idea Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali yang prihatin mengenai nasib menimpa pelajar yang terkandas di IPT untuk mengurangkan beban dihadapi golongan itu yang kurang berkemampuan.

Pelajar yang ingin mendapatkan bantuan khas berkenaan boleh merujuk laman sosial Facebook TAPEM atau Pengurus Besar TAPEM, Mustafa Musa di talian 012- 6187080 atau pegawai TAPEM, Roslan Abu Samah di talian 013- 647 8506; Siti Nor Faizah Kassim (012-6537290) dan Fuzrahaner Rashid (012-627 3949).

Isnin lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dilaporkan menyarankan semua IPT menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran bersemuka pelajar baharu dan lama ke kampus yang dijadual bermula bulan ini susulan peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Bagaimanapun, keputusan dalam waktu singkat itu mendapat maklum balas daripada pelajar yang sudah tiba di IPT masing-masing yang rata-ratanya merungut kerana terpaksa berhabisan duit untuk kembali memulakan pengajian pada Oktober sebagaimana diumumkan sebelum ini.

Views:

1668
Kongsi :
Previous post COVID-19: 293 kes positif direkodkan hari ini
Next post Pencemaran Sungai Batang Benar: Negeri Sembilan tunggu laporan terperinci
Ubah saiz-+=