Tarik pelabur sertai Taman Teknologi Jerman

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 16 Ogos – Invest Melaka Berhad bakal memainkan peranan penting dalam menarik pelabur dan mempromosikan Taman Teknologi Jerman (GIP) yang bakal diwujudkan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad Datuk Ginie Lim Siew Lin berkata, perkara keutamaan pihaknya memandangkan GIP merupakan antara visi dan hasrat dibawa Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi memangkin ekonomi Negeri Melaka.

Katanya, buat masa ini, pihaknya sedang dalam proses mengenal pasti tanah untuk kawasan industri baharu, selain meneliti insentif yang disediakan Kementerian Ekonomi bagi membantu pemain industri berminat.

“Melaka Invest Berhad menjadi agensi yang terlibat dalam memudahkan proses pembangunan GIP ini memandangkan ia adalah visi Ketua Menteri selepas mengadakan lawatan kerja ke Jerman.

“Pada masa sama, kita juga berperanan mempromosikan GIP kepada pemain industri yang berminat, bukan hanya membabitkan syarikat dari Jerman, bahkan syarikat tempatan atau negara lain yang berminat juga adalah dialu-alukan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambah Ginie, selain GIP, Invest Melaka Berhad juga merupakan agensi yang ditubuhkan bagi memudahkan urusan pelaburan di negeri ini.

Ujar beliau, antara kaedah yang akan digunapakai bagi mempermudah pelaburan ialah menerusi sistem Melaka Industrial Booster.

“Menerusi sistem itu, kita akan mengkaji kaedah terbaik untuk mengurangkan tempoh permohonan, kelulusan dan sebagainya.

“Adalah menjadi hasrat Ketua Menteri untuk Invest Melaka Berhad memainkan peranan sebagai agensi promosi pelaburan (ICA) dan menguruskan Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (IPA),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1099
Kongsi :
Previous post Percubaan zon bebas kenderaan setiap Sabtu
Next post Promosi TMM2024 diperhebat – KM
Ubah saiz-+=