Tengku Hassanal berangkat tiba ke Festival Warisan Pelancongan Melaka-Pahang 2023

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 1 November – Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat hadir ke Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023 di Muzium Kesultanan Melayu Melaka, di sini, malam ini.

Keberangkatan tiba baginda pada 8.45 malam itu diiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Turut mengiringi keberangkatan Tengku Hassanal adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Festival ini merupakan program lintasan budaya antara kedua negeri yang diadakan bagi menzahirkan ucapan sembah kasih sayang terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia juga merupakan penghargaan rakyat Melaka terhadap Seri Paduka Baginda yang akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari 2024.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5752
Kongsi :
Previous post Bayi 12 bulan tidak sedarkan diri dalam jagaan taska di Semabok
Next post Manifestasi kasih sayang Melaka kepada Agong, Raja Permaisuri
Ubah saiz-+=