
Tentera darat bakal terima enam helikopter MD-530-G bernilai RM321.9 juta
KUALA LUMPUR 26 Feb. – Tentera Darat Malaysia (TDM) bakal menerima enam helikopter jenis MD-530G bernilai RM321.9 juta pada bulan Ogos tahun ini, kata Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Beliau berkata helikopter buatan McDonnell Douglas berkenaan masih berada di Arizona, Amerika Syarikat manakala segala perjanjian dan persijilan termasuk perjanjian persefahaman (MOU) telah diluluskan.
“Helikopter MD-530G ini telah melalui proses ujian kelayakan udara, dan pihak saya telah pergi ke sana (Arizona) melihat ujian itu telah diluluskan.
“Selepas kesemua ujian terhadap helikopter berjalan dengan selamat, enam buah itu akan tiba di Malaysia pada bulan Ogos tahun ini.
“Kini fasa seterusnya, pihak saya akan ke Arizona sekali lagi untuk membuat pemeriksaan prapenghantaran (PDI) dan seterusnya kami akan melakukan latihan,” katanya dalam wawancara eksklusif sempena Hari Tentera Darat ke-88 di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.
Zamrose berkata, aset itu akan memberi impak kepada operasi tentera darat
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT DITANDUK KERBAU SEMASA IBADAH KORBAN DI KAMPUNG TENANG
JOHOR BAHRU 28 Mei - Seorang lelaki tempatan meninggal dunia selepas ditanduk seekor kerbau ketika membantu ibadah korban dalam kejadian...
EMPAT LELAKI DITAHAN MEMANDU SECARA BERBAHAYA, LARIKAN DIRI DARIPADA POLIS
KUALA LUMPUR 28 Mei - Empat lelaki tempatan ditahan selepas memandu secara berbahaya dan melarikan diri daripada dikejar kereta peronda...
MUALAF, FAKIR MISKIN RASAI KEMERIAHAN AIDILADHA
KESIDANG 28 Mei - Program Kasih Qurban Perdana Bersama Mualaf Negeri Melaka 2026, berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran lebih...
SEMANGAT AIDILADHA SATUKAN PPSPM, KOMUNITI PENGKALAN RAMA
DUYONG 28 Mei – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjadikan Hari Raya Aidiladha tahun ini penuh makna apabila...
USAHA ‘YB ALONG’ AKHIRI DILEMA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT ANTU
REMBIA 28 Mei - Dilema penduduk Kampung Bukit Antu, di sini, yang sering terputus hubungan apabila laluan keluar masuk dinaiki...
POLITEKNIK MERLIMAU PERKUKUH TVET, TEROKA INDUSTRI TENAGA JANAKUASA
MERLIMAU 28 Mei - Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau Melaka (PMM) memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)...
