Sorting by

×

Terima kasih YB belanja ikan jenahak

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

DUYONG 3 Feb – Kerana kurang berkemampuan menu makan besar sempena Tahun Baharu Cina bagi Lim Meng Leong, 63, dan adiknya, Lim Poh Siung, 52, hanya ala kadar saja.

Bagi meneruskan kehidupan Meng Leong bergantung kepada adiknya yang memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 setiap bulan hasil upan menjahit dan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM500.

Namun pendapatan Poh Siung terjejas teruk selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir dua tahun.

Atas dasar prihatin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem, singgah ke kediaman dua beradik itu di Kampung Padang Semabok untuk menceriakan mereka, baru-baru ini.

Lebih istimewa apabila Mohd Noor Helmy turut membawa bersama ikan jenahak bakar yang menjadi makanan kegemaran Meng Leong.

“Kami buat keputusan untuk singgah ke rumah dua beradik ini selepas mendapati mereka tercicir sebagai penerima bantuan RM200 diagihkan sebelum ini.

“Menyedari hal itu, saya mengatur majlis khas ini untuk sampaikan bantuan sekali gus meraikan mereka sempena Tahun Baru Cina.

“Hati saya tersentuh, kerana ketika bertanyakan pada Meng Leong apa yang dia mahu makan pada makan besar kali ini, katanya dia sudah lama teringin makan ikan jenahak jadi saya penuhi hasratnya,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) sewaktu berkunjung ke rumah dua beradik itu di Kampung Padang Semabok di sini.

Mohd Noor Helmy berkata, dua beradik itu antara keluarga susah dikenal pasti pihaknya berikutan itu bantuan mengikut keperluan akan dihulurkan dari semasa ke semasa.

Sementara itu Meng Leong yang tempang kaki kanan sejak kecil berkata, sambutan Tahun Baharu Cina kali ini dianggap sebagai amat istimewa dan luar biasa.

“YB bukan sahaja datang ke rumah tetapi makan bersama saya dan adik, jarang makan besar kami berdua meriah seperti ini,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1263
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak hidap penyakit kronik perlu ambil vaksin – Dr. Akmal
Next post Hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri hingga Mac
Ubah saiz-+=