Sorting by

×

Terminal Bas Pulau Sebang Sentral siap 85 peratus

Masa Membaca:55 Saat

GADEK 3 Februari – Terminal Bas Pulau Sebang Sentral bakal siap pada pertengahan tahun ini sekaligus mampu menguraikan trafik yang sesak di Pekan Pulau Sebang-Tampin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, V.P Shanmugam berkata terminal terbabit yang sepatutnya siap dua tahun lalu kini hampir siap sepenuhnya dan bakal beroperasi pada pertengahan tahun ini.

Katanya, terminal yang dianggarkan bernilai RM10 juta tersebut akan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap serta mampu memberi keselesaan kepada pengguna.

“Kira-kira 85 peratus pembinaan terminal ini sudah siap dan hanya memerlukan kurang tiga bulan untuk siap sepenuhnya dan beroperasi.

“Sekurang-kurangnya 20 buah bas dan teksi dapat ditampung,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shanmugam yang juga Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkata pembinaan terminal itu juga mampu menyelesaikan isu kesesakan trafik yang berlaku di Pekan Pulau Sebang- Tampin.

Katanya, kesesakan berlaku secara kekerapan apabila menjelang musim cuti sekolah dan perayaan.

“Terminal ini memberi manfaat kepada penduduk sekitar dan mampu menyelesaikan masalah trafik dan mengatasi kesesakan di Pekan Pulau Sebang- Tampin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4424
Kongsi :
Previous post Kerajaan kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen – PM
Next post Penjualan mercun, bunga api dibenarkan
Ubah saiz-+=