Teroka potensi perniagaan, pelaburan global di Eropah Tenggara – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SARAJEVO 11 Mei – Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa Ke-11 – Forum Perniagaan Sarajevo 2022 ‘Nearshoring Perspectives For The Region’ menjadi platform memperkasakan sektor pelaburan dan perniagaan Melaka di Eropah Tenggara.

EXCO Kanan Perindustrian dan Pelaburan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, persidangan itu sekali gus mewujudkan rangkaian peluang perniagaan dan pelaburan global baharu yang lebih berpotensi.

“Dengan fokus utama ‘nearshoring’, pelabur dan pemain perniagaan dijemput untuk memperkembang dan meneroka peluang di rantau ini yang menyediakan pasaran yang sangat berpotensi dan menarik.

“Persidangan ini menjadi salah satu acara penting untuk perniagaan dan pelaburan di Eropah Tenggara. Ia mampu memperkasakan hubungan sedia ada dan mewujudkan rangkaian peluang perniagaan serta pelaburan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa Ke-11- Forum Perniagaan Sarajevo 2022 ‘Nearshoring Perspectives For The Region’ di Bangunan Parlimen Negara Sarajevo, hari ini.

Dalam ucapannya, Ab Rauf turut mempromosi Malaysia dan Melaka sebagai destinasi terbaik pilihan pelabur menerusi tawaran ekonomi meyakinkan, selain menyedia tenaga kerja berpendidikan, mempunyai akses kewangan serta kedudukan geografi stabil.

“Malaysia terletak di lokasi yang strategik, mempunyai Selat Melaka sebagai laluan air tersibuk di dunia yang menghubungkan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

“Hampir 80,000 kapal melalui laluan ini sepanjang tahun, Malaysia bersama negara jiran saling bertanggungjawab untuk meningkatkan dan mengukuhkan kemampanan Selat ini dan terus menjadi peneraju bagi laluan kapal perdagangan maritim,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

991
Kongsi :
Previous post JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk sejak sempadan dibuka
Next post Melaka pelawa pelabur terlibat dalam M-WEZ – Ab Rauf
Ubah saiz-+=