Tiada keperluan wujud laluan khas kanak-kanak di bazar Ramadan

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

MERLIMAU 7 April – Tidak ada keperluan untuk mewujudkan laluan khas di bazar Ramadan bagi ibu bapa yang ingin membawa anak-anak mereka kata EXCO Kesihatan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Mengulas perkara itu Dr Akmal berkata, bulan Ramadan berbaki 25 hari dan bazar Ramadan seluruh negeri sudah memulakan opeasi.

“Kalau kita wujudkan laluan khas untuk ibu bapa yang bawa anak-anak mereka ini, keadaan akan menjadi lebih sesak kerana bazar adalah kawasan awam.

“Kita sudah tiada masa, kalau nak angkat cadangan laluan khas ini pun paling tidak dua atau tiga bulan sebelum bazar Ramadan berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ‘walkabout’ di Bazar Ramadan Bandar Baru Merlimau di sini, hari ini.

Menurutnya, cadangan itu tetap diambil kira dan akan dibincangkan bagi pelaksanaan bazar Ramadan tahun hadapan.

“Bazar Ramadan tahun depan kita tak tahu lagi kita akan tengok, mungkin kita akan ambil kawasan yang lebih besar jika wujudkan laluan khas tersebut,” katanya.

Terdahulu beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tiada halangan sekiranya ibu bapa ingin membawa anak-anak mereka ke bazar Ramadan.

“Setakat ini tiada undang-undang atau prosedur operasi standard (SOP) yang menghalang membawa anak-anak ke bazar Ramadan.

“Cuma nasihat saya jika terpaksa bawa ikutlah SOP, bagi anak-anak pakai pelitup muka, bagi anak berumur lima hingga 11 tahun seeloknya ambil vaksin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1071
Kongsi :
Previous post Lebih 100,000 saman trafik tertunggak sejak 2016 milik warga Singapura – Bukit Aman
Next post Kes cuai khatan: Pemuda peroleh ganti rugi berjumlah RM3.1 juta
Ubah saiz-+=