Tiada ‘lockdown’, PKP 3.0 diperketatkan – Pejabat Perdana Menteri

Masa Membaca:59 Saat

PUTRAJAYA 21 Mei – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan diperketatkan lagi kepada lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dalam usaha mengekang penularan COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataannya hari ini berkata, ia susulan penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang.

Sehubungan itu, katanya sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 petang tadi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membincangkan secara mendalam situasi semasa penularan jangkitan COVID-19.

“Mengambil kira perbincangan dan penelitian dalam Sidang Khas pada hari ini, mesyuarat sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuatkuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

“Sidang Khas ini turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka terhadap usaha untuk mengekang penularan COVID-19,” katanya.

Tambah kenyataaan itu, perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

951
Kongsi :
Previous post COVID-19: Malaysia terima 1.059 juta dos vaksin AstraZeneca, Coronavac
Next post COVID-19: Dua kluster baharu di Melaka babit komuniti dan sebuah kilang
Ubah saiz-+=