Tidak patuh SOP Punca wujud Kluster Tanjung Rimau

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 13 Mei. – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka merekodkan pertambahan satu kluster baharu hari ini iaitu Kluster Tanjung Rimau di Daerah Alor Gajah berpunca kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi informasi di Facebook rasminya, JKN memaklumkan kluster itu membabitkan aktiviti keagamaan di sebuah masjid yang mana kes indeks kluster ini dikesan positif setelah menjalani saringan bergejala di hospital.

“Jangkitan di dalam kluster ini dikenal pasti berpunca dari pergaulan semasa solat terawih dan solat fardu berjemaah serta majlis tadarus al-Quran di masjid terlibat.

“Ahli jemaah solat dan tadarus tidak mematuhi penjarakan sosial semasa melakukan aktiviti tersebut.

“Seramai 51 kontak rapat telah disaring dan sebanyak 14 kes telah dikesan positif daripada kluster ini,” kata kenyataan itu.

Sementara itu keseluruhan 67 positif direkodkan hari ini yang mana 64 kes membabitkan warga tempatan dan tiga kes import.

“Terdapat pertambahan kes kluster sedia ada iaitu 16 kes bagi Kluster Kampung Hilir Alor Gajah, lapan kes bagi Kluster Pengkalan Batik, satu kes Kluster Kopitiam Machap Baru dan satu kes Kluster Sebatu.

“Sebanyak 765 kes masih dirawat, 42 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan sembilan kes menggunakan bantuan alat pernafasan,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1345
Kongsi :
Previous post Dua cubaan seludup dadah pada malam raya tumpas
Next post Polis nafi gambar tular kompaun RM30,000 langgar SOP Aidilfitri
Ubah saiz-+=