Tiga beradik sanding serentak

Masa Membaca:52 Saat

SEREMBAN, 16 Mei – Tiga beradik termasuk pasangan kembar sepakat memilih tarikh sama semalam untuk melangsungkan persandingan di sebuah dewan di sini.

Mereka ialah Intan Sofienaz Ahmad Fuad, 32 dan pasangannya Mohd Firdaus Mazlan, 40; Muhammad Nabiel Ahmad Fuad, 28 dan pasangan Anis Shahira Azmi, 32 serta Muhammad Najieb Ahmad Fuad, 28 bersama Ismawita Isrul, 28.

Kesemua anak dan menantu kepada bekas Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Ahmad Fuad Yahya dan isteri Cik Rashidah Abd Ghani melangsungkan perkahwinan sejak beberapa bulan lepas namun hanya berkesempatan untuk mengadakan majlis itu apabila keadaan COVID-19 reda.

Ahmad Fuad ketika ditemui melahirkan kesyukuran setelah majlis perkahwinan yang dirancang selama ini berjalan lancar walaupun tertangguh seketika dengan dihadiri kira-kira 1,000 tetamu.

“Sebelum ini majlis ini dijadual pada 27 Mac tetapi ia terpaksa ditangguhkan kerana kes COVID-19 yang meningkat dan kesemua pasangan juga dijangkiti wabak itu. Majlis hari ini juga menjadi majlis kesyukuran selepas keluarga ini berjaya melalui ujian COVID-19,” katanya. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1338
Kongsi :
Previous post Tunku Ismail, Che’ Puan Besar Khaleeda berkenan santuni Bella di Legoland
Next post Buang sampah sesuka hati, mentaliti segelintir masyarakat masih rendah
Ubah saiz-+=