
Tiga cedera, tujuh selamat van terbabas di Pulau Pangkor
LUMUT, 4 Mei – Tiga individu cedera ringan manakala tujuh yang lain selamat selepas van dinaiki mereka terbabas di bahu jalan di Jalan Teluk Nipah, Pulau Pangkor petang tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut pada 5.02 petang.
“Kenderaan tersebut dinaiki 10 orang termasuk pemandu. Tiga daripadanya cedera ringan manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut jurucakap itu kejadian dipercayai berpunca akibat pemandu van berkenaan hilang kawalan ke atas kenderaannya dan usaha mengeluarkan mangsa kemudian turut dibantu orang ramai.
Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pangkor dan operasi berkenaan tamat pada 5.25 petang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
TARIKH UMUM CALON BN MELAKA DITETAPKAN SEMULA
AYER KEROH 20 Oktober - Tarikh sebenar pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
‘NAK JADI WAKIL RAKYAT, JANGAN TIBA-TIBA TURUN DARI LANGIT’
AYER KEROH 20 Oktober - Sesiapa sahaja yang mahu menjadi wakil rakyat tidak boleh hanya muncul ketika pilihan raya untuk...
