
Tiga kampung di Alor Gajah terjejas banjir
ALOR GAJAH 27 Oktober – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, selepas penduduk dari tiga kampung di daerah ini terjejas akibat banjir, pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, PPS di Balai Raya Kampung Tanjong Rimau Luar, dibuka pada 9.45 pagi tadi bagi menempatkan mangsa yang terjejas.
Beliau berkata, susulan hujan lebat awal pagi, ia menyebabkan berlaku limpahan air.
“Jumlah mangsa sebenar masih belum diperoleh kerana mereka masih dalam proses mendaftar masuk ke PPS.
“Kawasan yang terjejas adalah Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek serta Kampung Nelayan Kuala Linggi,” katanya.
Menurut beliau, pemantauan berterusan kini dilakukan APM bagi memantau kawasan terjejas serta paras air di sungai berhampiran.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
