
TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN BABITKAN MPV, LORI DI BINTULU
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mereka yang maut terdiri daripada Nur Azalea Zakiah Jiben, 44; Ariana Juana Helda, 22; dan Simon Hiu, 39, semuanya menaiki Perodua Alza.
“Dua lagi penumpang Perodua Alza iaitu Roslan Langga, 52, dan Ningkan Chalana, 50, dilaporkan parah manakala pemandu lori Hessmans Rawing Judin, 41, patah kaki, dan dua kelindannya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dan BBP Samalaju bergegas ke lokasi kejadian selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.51 pagi, dan sebaik tiba, mangsa didapati terperangkap dalam kenderaan berkenaan.
Usaha mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan dengan menggunakan alat menyelamat sebelum mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi tamat pada 8.18 pagi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...


