
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
Mereka ialah Zukifli Abdullah, 57, Rohaimin Ahmad, 48, dan Muhamad Radsuen Ismail, 40.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok Lokman Yusoh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 pagi tadi dan tujuh anggota bomba tiba di lokasi 12 minit kemudian.
“Bagaimanapun tiga nelayan itu berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Daerah Perikanan Bachok Ahmad Rashid Affendi Ahmad Razali berkata beliau menghubungi pihak bomba selepas menerima maklumat berkaitan tiga nelayan nyaris lemas di pantai itu.
“Nelayan ini turun ke laut bagi mengangkat pukat yang dipasang pagi tadi. Orang ramai yang berada di lokasi sempat melihat kesemua mangsa melambaikan tangan meminta tolong setelah bot mereka terbalik,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SENARAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2026 NEGERI MELAKA
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
JUALAN PRIHATIN DUN PAYA RUMPUT DISERBU, TAWAR AYAM RM7 DAN DAGING RM25
PAYA RUMPUT 18 Mac - Jualan Prihatin Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerima sambutan luar biasa apabila orang ramai...
OPS HRA 2026: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN TERHADAP 430 KENDERAAN, ENAM DISITA
MELAKA, 18 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengambil tindakan terhadap 430 kenderaan selain menyita enam yang lain dalam...
HUFFAZ TAPI HEBAT MENYELAM, PULAU BESAR KINI ‘KILANG’ TAHFIZ TVET
AYER MOLEK 18 Mac - Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertama negara yang memperkenalkan persijilan kursus...
DUGAAN MENJELANG SYAWAL, 50 RUMAH DI BUKIT RAMBAI ROSAK DIBADAI RIBUT
MELAKA, 18 Mac - Sambutan Aidilfitri sebahagian penduduk di Bukit Rambai di sini suram selepas rumah mereka mengalami kerosakan akibat...
MAIM RINGANKAN BEBAN MANGSA RIBUT KAMPUNG PULAU SAMAK
KESIDANG 18 Mac - Dugaan Ramadan. Itu situasi menggambarkan nasib 11 keluarga di Kampung Pulau Samak, di sini, apabila diuji...
