
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
Mereka ialah Zukifli Abdullah, 57, Rohaimin Ahmad, 48, dan Muhamad Radsuen Ismail, 40.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok Lokman Yusoh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 pagi tadi dan tujuh anggota bomba tiba di lokasi 12 minit kemudian.
“Bagaimanapun tiga nelayan itu berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Ketua Daerah Perikanan Bachok Ahmad Rashid Affendi Ahmad Razali berkata beliau menghubungi pihak bomba selepas menerima maklumat berkaitan tiga nelayan nyaris lemas di pantai itu.
“Nelayan ini turun ke laut bagi mengangkat pukat yang dipasang pagi tadi. Orang ramai yang berada di lokasi sempat melihat kesemua mangsa melambaikan tangan meminta tolong setelah bot mereka terbalik,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF AGIH KUIH DARI MEJA KE MEJA, SANTUNI MASYARAKAT CINA MACHAP BARU
MACHAP JAYA 23 Ogos - Gelagat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mengagihkan kuih dari meja ke...
PEMBANGUNAN DUN MACHAP JAYA FOKUS KEPADA KESELESAAN RAKYAT
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus diperkasa menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur,...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT, TAK TUNGGU RAKYAT CARI YB
MACHAP JAYA 23 Ogos - Atas dasar memikul amanah dan kepercayaan diberikan pada pilihan raya yang lalu, Ketua Menteri Datuk...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN, KEGIGIHAN AH SEM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yang terus menjalankan...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA BERITA BAIK UNTUK DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 23 Ogos - Lebih 15 bentuk sumbangan dan inisiatif dibawa pada siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan...
‘KITA TAK PILIH SIAPA MAHU DIDENGAR, SIAPA MAHU DIBANTU’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 23 Ogos- Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh cakna dan mengambil peduli suara...
