
Tiga pelajar asrama penuh dakwa dipukul senior
SEREMBAN, 16 Mei – Tiga pelajar di sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh di Nilai dekat sini mendakwa dipukul seniornya sehingga mendatangkan kecederaan dalam kejadian baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihaknya menerima tiga laporan daripada pelajar tingkatan dua terbabit berhubung perkara itu kelmarin.
“Mereka mendakwa dipukul pelajar dipercayai Tingkatan 4 sehingga cedera di beberapa bahagian badan. Kesemua mangsa menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sebagai pesakit luar.
“Sehubungan itu, kita telah mengenal pasti dua pelajar senior dipercayai boleh membantu siasatan dalam kejadian yang dilaporkan ini dan siasatan lanjut masih diteruskan sama ada masih ada lagi pelajar lain terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak memanipulasi kejadian berkenaan yang boleh menyebabkan kegusaran awam sehingga siasatan dilengkapkan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan, katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PIDATO RUKUN NEGARA SEMAKIN SUBUR, CATAT 10,494 PENYERTAAN TAHUN INI
AYER KEROH 15 September - Penghayatan anak-anak muda Malaysia terhadap Rukun Negara semakin semakin subur apabila seramai 10,494 peserta mengambil...
WARGA EMAS PUJI JIWA RAKYAT TOK RAUF, DOA TERUS PIMPIN MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 September - Bukan setiap hari berpeluang bersemuka dengan pemimpin negeri, namun bagi dua warga emas dari Lubok...
ANAK CEMERLANG UPKK: BAPA OKU, IBU BERKERUSI RODA TERHARU SOKONGAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 15 September - Di sebalik kejayaan seorang anak memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), tersimpan...
WRUR TANJUNG BIDARA ‘HIDUPKAN’ WARISAN, DONDANG SAYANG TARIK MINAT ANAK MUDA
TANJUNG BIDARA 15 September - Warisan bukan sekadar untuk dikenang, sebaliknya perlu terus dihidupkan dan diperkenalkan kepada generasi baharu supaya...
WRUR TANJUNG BIDARA: MAJLIS ILMU JADI SANTAPAN ROHANI JEMAAH UJONG PADANG
TANJUNG BIDARA 14 September - Menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola bukan sekadar menyebut nama Baginda, sebaliknya keperibadian dan akhlaknya perlu...
10 MUALAF MAIM SEDANG DIUJI TERIMA ZAKAT WAKALAH RM5,000
PANTAI KUNDOR 14 September - Berdepan masalah kesihatan selain perlu menyara tanggungan keluarga, 10 asnaf mualaf menerima sumbangan zakat wakalah...
