Tikam teman wanita sebelum bunuh diri

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KESIDANG 19 Feb – Seorang lelaki dipercayai menikam teman wanitanya sebelum membunuh diri dalam sebuah rumah di Jalan Pegaga, Taman Merdeka, di sini, hari ini.

Mayat wanita berkenaan ditemui berlumuran darah dengan kesan tusukan objek tajam manakala lelaki terbabit ditemukan mati dalam keadaan mulut berbuih di atas katil dalam kejadian kira-kira jam 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan tentang kejadian tersebut.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dipercayai menikam wanita berkenaan terlebih dahulu berikutan penemuan senjata yang digunakan berhampiran mayat wanita tersebut.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian, kita menemukan senjata dan minyak tanah berhampiran si mati lelaki.

“Pada badan wanita pula terdapat kesan tusukan senjata tajam, namun belum boleh mengesahkan apa-apa kerana ia masih di peringkat awal siasatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

PETUGAS kesihatan tiba di lokasi kejadian bagi memeriksa keadaan mayat wanita yang dipercayai positif COVID-19.

Beliau berkata, petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian juga mengesahkan mangsa wanita positif COVID-19.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi kejadian pada jam 6.15 petang mendapati, mayat kedua-dua si mati masih belum dibawa keluar dari lokasi kejadian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1575
Kongsi :
Previous post Sempadan negara dijangka dibuka awal suku tahun kedua
Next post PRN Johor: Bekas ADUN Senggarang antara tujuh calon terakhir diumum PKR
Ubah saiz-+=