Tingkat hasil produk usahawan asnaf

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

MELAKA TENGAH 15 Januari – Bidang keusahawanan menjadi antara fokus utama  Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dalam membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi golongan asnaf.

Pelbagai inisiatif telah dilaksana oleh Seksyen Pembangunan Insan MAIM bagi memastikan asnaf yang berkemahiran dalam bidang perniagaan mendapat manfaat sebaiknya.

Ketua Seksyen, Arina Safurra Alim berkata, antara inisiatif berkenaan dengan mengadakan bengkel meningkatkan taraf ekonomi asnaf melalui peniagaan kecil mahupun peniagaan secara dalam talian.

Beliau menjelaskan, peruntukan bagi perniagaan yang dikendalikan oleh asnaf turut dibantu dari segi peruntukan mahupun nasihat kewangan bagi memberi panduan lebih jelas selok belok perniagaan.

Katanya, pada era masa kini asnaf perlu mahir dan kreatif dalam memastikan produk perniagaan mereka mendapat sambutan walaupun masih baru dalam bidang berkenaan.

“Dari segi kualiti produk pernigaan turut diberi penekanan dalam usaha menarik minat pelanggan serta membentuk kepercayaan awal terhadap produk mereka.” ujarnya lagi.

Tambah beliau, khidmat nasihat dan panduan kaedah pemasaran produk turut ditekankan melalui beberapa sistem antaranya melalui media sosial dan juga kaedah konvensional.

“MAIM turut menyediakan sebuah pekhidmatan kepada usahawan asnaf ini pusat transit pemasaran pdoruk mereka yang dikenalk sebagai Hub pengeluaran Usahawan Asnaf MAIM yang terletak di Klebang, Melaka,” ujarnya.

Tambahnya lagi, usahawan asnaf sendiri perlu memainkan peranan utama dalam membentuk jatidiri mereka menjadi usahawan yang berdaya saing dan berjaya di masa akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2067
Kongsi :
Previous post Bekalan, harga minyak masak dijangka stabil selepas masalah pekerja asing selesai
Next post Jaminan infakkan harta ke jalan Allah SWT
Ubah saiz-+=