Tingkat kesedaran pentingnya khidmat kaunseling

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER KEROH 17 Oktober – Sempena sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaaan, Oktober ini, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) telah bersama-sama terlibat menganjurkan dalam program Jelajah Kaunseling Prihatin Rakyat peringkat Negeri Melaka di Dewan Kuliah B, KAYM, 14 Oktober lalu.

Program dengan kerjasama Lembaga Kaunselor Malaysia bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) itu juga diadakan bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang diadakan di negeri ini 14 hingga 16 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Program merangkap Ketua Jabatan Kaunseling dan Rundingcara KAYM, Noriza Hussain, program itu diadakan bertujuan membudayakan kaunseling sebagai sistem sokongan dalam masyarakat di samping dapat membangkit serta mempertingkatkan kesedaran kepada masyarakat umum terhadap kepentingan perkhidmatan kaunseling

Katanya, antara pengisian program berkenaan ialah ceramah kesihatan mental, selain turut menyediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) iaitu sebuah trak yang mengandungi bilik kaunseling serta bahan-bahan bantuan psikososial.

Sukarelawan Berdaftar Kaunselor turut ditempatkan di PSSS bagi mengendalikan sesi kaunseling, konsultasi psikologi dan ujian psikologi secara percuma.

“Seperti kita sedia maklum, krisis psikologi dan masalah kesihatan mental semakin membimbangkan yang mana data menunjuukkan kes bunuh diri juga meningkat dipercayai berpunca dari masalah keluarga, kewangan dan tekanan perasaan.

WhatsApp Image 2022-10-16 at 13.51.17
ANTARA pengisian program berkenaan ialah ceramah kesihatan mental oleh penceramah Lembaga Kaunselor Malaysia.

“Oleh sebab itu, kita telah menjemput ramai peserta termasuk badan bukan kerajaan (NGO), pelajar sekolah dan orang ramai, selain staf dan mahasiswa KAYM sendiri bagi mendapatkan manfaat daripada program ini.

“Diharap menerusi program ini, peserta dan masyarakat mendapat pengetahuan bagaimana untuk mendapat bantuan psikologi yang diperlukan serta tidak lagi bersikap skeptikal terhadap perkhidmatan kaunseling di negara dan negeri ini,” katanya.

Menurutnya, program itu telah disertai kira-kira 300 peserta termasuk 80 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2371
Kongsi :
Previous post Enam teras sejahterakan Rembia
Next post Kerajaan setuju hapus hutang peserta Felcra, agih keuntungan untuk peserta
Ubah saiz-+=