Enam teras sejahterakan Rembia

Masa Membaca:3 Minit, 17 Saat

REMBIA 17 Oktober – Enam teras menjadi fokus dalam usaha berterusan membangunkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia dalam tempoh lima tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, enam teras itu melibatkan pendidikan, keagamaan, kebajikan, belia, ekonomi dan perumahan.

Katanya, enam elemen itu antara yang dipertaruhkan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Menurut Muhammad Jailani, pada tahun ini tiga daripada teras berkenaan iaitu, kebajikan, pendidikan dan infrastruktur akan dilaksanakan terlebih dahulu.

Jelasnya, ketiga-tiga teras itu meliputi beberapa projek atau kerja-kerja pembinaan untuk memastikan pembangunan Rembia seiring dengan DUN lain di Negeri Melaka.

2
MENGHADIRI program Maulidur Rasul bersama warga Rembia.

KEBAJIKAN

Muhammad Jailani amat mengutamakan aspek kebajikan orang Rembia dan antara langkah sudah dilakukan untuk memudahkan urusan rakyat adalah dengan melengkapkan balai raya di DUN itu dengan kemudahan yang secukupnya seperti kerusi serta meja.

Selain itu katanya, sumbangan khairat kematian juga diberikan setiap kali ada umat Islam yang meningal dunia di DUN berkenaan.

“Bagi yang mengalami kesukaran akibat masalah kesihatan kami beri sumbangan kerusi roda atau katil boleh laras, mengikut keperluan.

“Satu perkara lagi adalah bencana, DUN Rembia juga tidak terlepas daripada masalah banjir dan pernah juga berlaku kes kebakaran. Kami bukan sekadar berikan kepada mangsa tetapi kebajikan petugas dan sukarelawan turut dijaga,” katanya.

5
ASPEK pendidikan anak-anak Rembia antara yang menjadi keutamaan Muhammad Jailani. Foto: MR AZLI

PENDIDIKAN

Bagi teras kedua iaitu pendidikan, Muhammad Jailani berkata, ia merupakan elemen amat perlu dalam membangunkan sesebuah kawasan tanpa mengira bangsa dan agama.

Antara usaha menerusi teras pendidikan itu adalah dengan membina sebuah Sekolah Menengah Agama berasrama penuh di kawasan itu.

Menurutnya, namun hal itu masih diperingkat perbincangan, lokasi pembinaan dan pelbagai lagi hal berkaitan juga belum diputuskan.

“Namun dalam tempoh lima tahun ini, kita akan berusaha merealisasikan pembinaan sekolah ini dalam DUN Rembia,” katanya.

Bagi membantu anak Rembia memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran beliau memperuntukkan RM67,000 bagi membiayai Program Tuisyen Percuma khusus buat pelajar daripada keluarga B40.

Jelasnya perbelanjaan itu adalah bagi tempoh Januari hingga September lalu dengan fokus diberikan kepada calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Pada masa sama, anak-anak DUN Rembia yang memperoleh keputusan cemerlang dan mempunyai gred A dalam SPM juga akan menerima insentif,” katanya.

Muhammad Jailani berkata pihaknya turut membaik pulih sekolah menengah, sekolah rendah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, akibat masalah pada struktur selain mengalami kerosakan akibat bencana seperti ribut melanda.

“Sumbangan awal persekolahan kepada murid dan pelajar daripada keluarga B40 juga kami berikan,” katanya.

4
MERAIKAN sambutan Perayaan Kuih Bulan di SJKC Alor Gajah bersama komuniti Cina.

INFRASTRUKTUR

Bagi infrastruktur pula, antara yang telah dilaksanakan adalah kerja-kerja pembersihan Sungai Rembia yang juga sebahagian usaha daripada mengelakkan berlakunya banjir.

Selain itu, kerja-kerja menaik taraf atau baik pulih longkang di kampung-kampung di DUN Rembia giat dilaksanakan sebagai persiapan menghadapi musim banjir dijangka pertengahan November ini.

Sementara itu bagi memberikan keselesaan kepada penduduk jalan perhubungan desa yang mengalami kerosakan diturap semula dan dinaik taraf.

“Ada yang sudah siap dilaksanakan dan ada yang masih menunggu kelulusan, tapi semua projek berkenaan adalah disegerakan bagi kemudahan serta keselesaan orang Rembia,” katanya.

6
MUHAMMAD JAILANI

BIODATA

Nama: Datuk Muhammad Jailani Khamis
Umur: 50

Karier:-
– Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan (2021 – kini)
– Ahli Dewan Undangan Negeri Rembia (2018 – kini)
– Usahawan

Pendidikan:-
– Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang IIUM

Politik:-
– Ketua Penerangan UMNO Bahagian Masjid Tanah (2020 – kini)

 

INFO DUN REMBIA

Jumlah penduduk : 21,836

Kampung : 41
Taman Perumahan : 41

Rumah Ibadat:-
Masjid: 6
Surau: 26
Tokong: 5
Kuil: 2

Institusi Pendidikan:-
Sekolah Kebangsaan: 4
Sekolah Menengah: 3
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina: 2
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil: 2
Sekolah Rendah Agama JAIM: 65
Sekolah Pendidikan Khas: 1

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2240
Kongsi :
Previous post DUN Perak dibubarkan berkuat kuasa hari ini
Next post Tingkat kesedaran pentingnya khidmat kaunseling
Ubah saiz-+=