TMM2024: Kejohanan golf Melaka tawar 3 buah kereta

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat
71efa403-403a-427f-a52e-6bc0ae1fbb62
RAHMAD (gambar fail) Foto Iqmal Haqim Rosman

BEMBAN 16 September – Tiga buah kereta akan ditawarkan sebagai hadiah utama Kejohanan Golf Negeri Melaka bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pengerusi Kejohanan Golf TMM2024 Datuk Rahmad Mariman berkata, hadiah utama itu berserta pelbagai lagi hadiah iringan menarik seperti peralatan elektrik, telefon pintar dan lain-lain akan ditawarkan pada kejohanan berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Ayer Keroh Country Club (AKCC) merangkap Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, terdapat dua siri kejohanan akan dilangsungkan pada TMM2024.

Jelas Rahmad, siri pertama akan berlangsung pada sekitar Mac atau April, manakala siri kedua pada sekitar Ogos hingga Oktober 2024.

“Untuk siri pertama, sebuah kereta dipertaruhkan sebagai hadiah utama dan untuk siri kedua yang lebih besar, peserta bakal merebuat dua buah kereta.

“Pertandingan ini akan diadakan selama dua hari secara serentak di empat kelab golf terkemuka di negeri ini iaitu AKCC, A’Famosa Golf Resort, Tiara Melaka Golf & Country Club serta Orna Golf & Country Club,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Golf Antara Kelab-Kelab Melaka (MICTC) di sebuah pusat golf di Jalan Gapam, di sini, hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka Mohd Asri Ninggal dan Presiden Persatuan Golf Negeri Melaka Datuk Wira A.S Khamis.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, kejohanan berkenaan adalah terbuka kepada pemain golf tempatan dan luar negara.

Selain hadiah menarik, beliau berkata, selebriti dalam sukan golf juga akan dijemput memeriahkan lagi kejohanan berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3770
Kongsi :
Previous post TMM2024 tampil pelbagai tema setiap bulan
Next post Sukarelawan TMM2024 tidak kira usia
Ubah saiz-+=